Picdeer logo Browse Instagram content with Picdeer

#inspirasimualaf

Posts tagged as #inspirasimualaf on Instagram

591 Posts

10 Sept 2019 Wanita india 62 tahun menerima islam hasil dari dakwah kasih sayang team Inspirasi Mualaf Kota Damansara.  Tengahari tadi menerima panggilan dari seorang Mualaf yang menjadi ketua dikalangan mualaf yang kami bantu di Kota Damansara. Dan kami diberitahu tentang beberapa perkara yang perlukan perhatian termasuk seorang wanita yang berminat untuk kenal islam.  Dalam perbincangan itu kami menasihatkan untuk terus buat temujanji selepas magrib untuk bertemu dengan wanita yang berminat dengan islam dan beberapa kes.  Malam tadi kami turun untuk berjumpa dengan mereka dan membeli makan malam bagi mereka. Selepas berjumpa dan bantu yang memerlukan bantuan, kami terus jumpa dengan wanita india yang berumur 62 tahun.  Wanita ini menceritakan tentang kisahnya yang sedih. Suaminya meningal dunia, anak2nya semua tinggalkan dia seorang kecuali seorang anak lelaki yang di penjara.  Wanita ini juga menjaga cucu yang agak2 oku berumur 13 tahun yang ditinggalkan oleh anaknya.  Macam2 rintangan dilaluinya sehingga dia pernah mendapat bantuan dari kami beberapa kali. Dan baru2 ini dia tergerak untuk tanya tentang "Ustaz botak" yang bantu mereka.  Ustaz yang disebut ialah Ceo kami Beo Muhammad Roger Arnold.  Wanita ini bertanya pada ketua kenapa ustaz lama tak datang jumpa?  Bila ditanya kenapa? Dia menjawab yang dia berminat nak tahu tentang islam.  SubhanaAllah,  inilah hasil dari kerja2 kebajikan dan dakwah yang kami tanam dan sentiasa santuni mereka2 ini.  Kami ditanya tentang perbezaan tuhan, kenapa solat dan memakai hijab.  Selepas memberi penerangan yang panjang,  wanita ini bertanyakan bagaimana nak jadi orang islam dan masuk syurga.  Tanpa membuang masa, kami mendapatkan persetujuan dari wanita ini dan terus Syahadahkan beliau.  Selepas melafazkan 2 kalimah syahadah,  menitis air mata seolah beban yang disimpan selama ini dilepaskan. Kami sempat memberi penerangan tentang dosanya selama ini diampunkan di akhirat dan dia sekarang bergelar seorang islam.  Nama yang
Cara mudah belajar membaca Al-Qur'an dari nol / pemula.  Dengan menggunakan metode RUBAIYAT belajar nya menjadi mudah, cepat bisa dan sangat menyenangkan dalam proses belajar.  Inilah sesi mudah, cepat dan menyenangkan dalam belajar membaca Al-Qur'an.  PELAJARAN PERTAMA :  kita akan diajak mengenal huruf dengan susunan Rubaiyat, bedanya dengan metode biasa adalah huruf dalam metode Rubaiyat disusun berdasarkan kesamaan dan kemiripan bentuk.  PELAJARAN KEDUA :  Kita akan menguasai kata-kata sederhana dalam al-Quran. Pelajaran kedua menarik dan menyenangkan karena diajarkan melalui lagu-lagu yang populer yang sudah kita kenal.  PELAJARAN KETIGA:  kita diajak menguasai kalimat-kalimat di dalam al-Quran, juga di ajarkan dengan nyanyian, sehingga meskipun lebih sulit namun tetap mengasyikkan.  KE EMPAT :  kita diajak untuk menguasai bacaan-bacaan unik dalam al-Quran. Sesi ini adalah sesi terakhir.  Sangat menarik kan di setiap sesi belajarnya.  Maka JANGAN TUNDA LAGI Meskipun anda orang awam, pemula atau mualaf dan siapapun anda  Harus bisa baca Qur'an  #mualafcenteryogyakarta #mualafcenteryogya #mualaftauhid #mualafcentermagelang #mualaf #kisahmualaf #mualafsalafi #mualafpelosok #mualafcenter #mualafindonesia #inspirasimualaf #mualafcenterindonesia #rumahsinggahmualaf #mualafcentreindonesia  #mualafsalaf  #mualafhijrah  #mualafmengaji #mualafbali
7 Sept  Program hijrah inspirasi Mualaf  Alhamdulillah. Perkongsian 2 sahabat hebat, Bro Adam Corrie dan Hafiz Hiew. Saya diberi amanah untuk jadi moderator bagi sesi ini. Soalan saya tentang kisah penghijrahaan mereka dan bagaimana mereka bangkit dalam menjayakan hidup mereka di dunia Akhirat.  Perkongsian yang sangat mantap dan kedua2 mereka kongsikan satu perkara yang sama iaitu tanpa mempratikan islam dan beribadah pada Allah S.W.T , mereka tak akan sampai ke tahap ini.  Istiqomah, sedekah, tahjud dan sentiasa bersangka baik dengan Allah dan manusia.  Senoga sahabat2 kita yang menyertai program kita akan mempratikan apa yang kami kongsikan.  #inspirasimualaf #believe #onegod #onefaith
9th Sept 2019  Wanita harus bangkit terutamanya yang diuji, ibu tunggal,fakir dan Mualaf.  Alhamdulillah. Pelakon tanah kubur, siri yang saya sangat minati yang membawa unsur2 islamic dan kesedaraan pada ramai.  Mereka2 ini menghadiri program hijrah wanita,Asnaf,mualaf dan ibu tunggal selama 2 hari  di kuala selangor.  Slot saya memberi latihan dan pendedahan bagaimana ingin bangkit dan berjaya di dunia Akhirat. *Gambar di ambil dari FB Juwita Zainal. Terima Kasih  #inspirasimualaf  #believe #onegod #onefaith
5 Sept 2019  Hari ini dijemput menyampaikan kuliah maghrib di Surau al Ikhwan, Bandar tasik kesuma, Semenyih. Tajuk yang saya pilih ialah "Mengenal Tuhan". Panyampaian hari ini untuk memberi pendekatan tentang pemahaman saya dan non muslim yang masih tidak kenal tuhan yang satu.  Dan jugak persoalan tentang kita sebagai orang islam yang kenal tuhan tapi tidak menyampaikan.  Saya juga kongsikan beberapa kisah pengislaman yang kami bantu yang menjadi titipan motivasi bagi jemaah untuk bangkit menyampaikan islam.  Dalam perjalanan ke surau saya menerima panggilan dari seorang sahabat yang saya menyampaikan tentang islam dan dia ada niat memeluk agama islam. Saya kenal beliau 5 bulan lepas hasil dari fb msg yang dia persoalankan beberapa penceremah yang dia rasa tak berapa betul.  Dan dia sendiri pernah comment dan kritik penceramah2 kita satu ketika dulu.  Tapi hari ini dia rasa terbuka untuk memeluk agama islam.  Hari ini tuan2 dan puan2 kita semakin kebelakang dari segi kasih sayang bukan sahaja dalam keluarga kita tapi juga menyampaikan dakwah. Sebagai contoh,  bila kita balik rumah, kita sibuk dengan handphone dan anak2 kita pun mengikut rentak kita. Anak2 sekarang lebih advance dari kita, main game seperti pubg dan menonton benda2 yang lucah di laman web.  Saya harap kita dapat kembali ke track yang betul dan ubah bangkit membetulkan keadaan dalam keluarga kita dulu. Memberi lasih sayang pada anak2 kita, adik beradik kita dan keluarga kita.  Dan sentiasa menyampaikan islam dengan kasih sayang.  #inspirasimualaf #inspirecoffee #believe #onegod #onefaith
"Islam is Peace", peringatan pada diri saya dan semua sahabat seislam saya.  Orang berilmu akan sentiasa ceritakan tentang ilmu islam dan menyelamatkan sesiapa dari api neraka.  Orang yang materilstic dan keduniaan akan sentiasa kongsikan kejayaan mereka di dunia.  Kita ubah ke Jalan Allah.  Orang yang kaya akan menolong sesiapa yang ke jalan islam dan menjadi ahli masjid@surau. Dan akan meyampaikan islam dengan akhlak seperti Nabi Muhammad saw tak kira sesiapa pun.  Satu perubahan yang kita sendiri mampu melaksanakan hari ini.  Jangan menghukum dan berperang jika islam tidak diperangi. Damaikan mereka mengikut apa yang islam ajar kita.  walahu a'lam  #inspirasimualaf #believe #onegod #onefaith
Hari Kemuncak Tour Dr Zakir Naik Kelantan.  Alhamdulillah. Stadium penuh, mencatat sejarah di Negeri Kelantan dengan lebih 100,000+ orang yang hadir.  Penyatuan Ummah di Kelantan dan kami memdoakan boleh membawa lebih banyak program begini di Malaysia yang memberi impak dan ilmu pada semua. In syaa Allah  Tahniah pada Negeri Kelantan yang memberi peluang dan memjadi Penganjur utama bagi Program Dr Zakir Naik. Semoga semua yang terlibat mendapat pahala yang paling tinggi di sisi Allah S.W.T  Takbir!  Takbir!  Takbir!  #inspirasimualaf #inspirecoffee #believe #onegod #onefaith
17 Julai 2019  Kisah Uncle dan anak OKU yang kami bantu dan selamatkan semalam.  Alhamdulillah, hari ini team kami di Sabak Bernam membawa uncle dan anaknya untuk potong rambut, buat kad pengenalan dan pendaftaraan islam mereka.  Dakwah dan bimbingan bermula dari hari ini untuk menjaga saudara kita untuk memahami dan mempratikan islam.  Ini yang harus kita semua laksanakan di setiap kawasan kita, menyampaikan islam dan membimbing mereka2 ini.  Anda boleh menyumbang dengan click dibawah untuk support dakwah kami.  Melalui membeli dan menyumbang. In syaa Allah  http://www.wasap.my/60162691237/Believetshirtdakwah  #inspirasimualaf #inspirasimualafsabakbernam #believe #onefaith #onegod
16 Julai 2019  Menyelamatkan seorang Ayah dan anaknya yang non Muslim di Dunia Akhirat... Nantikan cerita yang sangat sedih dan harus ditempuhi mereka sehingga mendapat Hidayah Allah S.W.T hari ini.  Sebab merekalah kami masih keluar bantu dan menyampaikan islam... #inspirasimualaf #inspirasimualafsabakbernam #believe #onegod #onefaith
16 Julai 2019  Alhamdulillah. Satu penghargaan dari usaha kami untuk membawa dakwah berbagai. Dengan izin Allah S.W.T , kami menjadi penganjur bersama untuk program Dr Zakir Naik di Negeri Kelantan.  Jom yang berdekatan untuk sertai kami di Kelantan.  #inspirasimualaf #dzn #negerikelantan  Kelantan
Bismillah. Assalamulaikum sahabat2 seislam kami... Pelancaran Tshirt dakwah baru kami "Believe"- One God,  One Faith  Be Good,  Be Humble  This is islam  Satu lagi usaha kami untuk menjayakan dakwah dan menyampaikan kebaikan islam melalui tshirt kami.  Pada masa sama seriap duit pembelian tshirt dakwah kami akan di salurkan bagi activity2 dakwah kami.  Aktivity dakwah kami setiap hari ialah Kebajikan Mualaf, Pembangunan Mualaf dan program2 dakwah dan process pengislaman.  Tshirt ini hasil dari konsep yang simple yamg boleh difahami oleh sahabat2 non muslim kita. Bergayalah dengan mempamerkan islam dengan memakai baju dakwah kami. Di samping itu anda akan jugak memdapat pahala bukan sahaja sebab menyampaikan islam tetapi duit yang anda beli akan di gunakan untuk dakwah dan kebajikan mualaf dan asnaf fakir. In syaa Allah  belakang Baju - Believe  Depan Baju - One God,  One Faith  Be Good,  Be Humble  This is islam  Jom support kami dengan membeli dan kongsikan pada sahabat2 dan keluarga anda.  Size : XS, S, M, L, XL, 2XL, 3XL  Warna : Hitam, Merah, Hijau, biru dan Purple  Harga Baju : RM 35 satu tshirt dakwah Pos : RM 8  Whatsapp kami hari ini untuk support kami.  http://www.wasap.my/60162691237/Believetshirtdakwah  #inspirasimualaf
Program Dakwah yang akan di adakan di Negeri Kelantan. Program yang membawa impak dah ilmu bagi seluruh warga Negeri Kelantan dan Terengganu.  Kami sangat berSyukur dapat menjadi rakan kerjasama untuk program Jelajah Zakir Naik di Negeri Kelantan.  Jom pakat2 share dan hadir untuk memdapat ilmu live di program ini.  #inspirasimualaf #negerikelantan #inspirecoffee #drzakirnaik  Warga kelantan Kelantan Kelantan TV
Perjalanan di Negeri Kelantan dan perbincangan bagi program2 dakwah.  Alhamdulillah. Kami di beri peluang untuk bersama2 bagi program Hari Raya yang di anjurkan oleh JAHEAIK. Program yang sangat kami sokong di mana semua non muslim menjadi tetamu meraikan bersama. Program tahunan yang memberi impak kepada dakwah dan pemahaman tentang islam.  Kami juga sempat jumpa Yb Dato Dr Mohamed Fadzli bin Dato Hj Hassan di pejabatnya pagi ini bagi memberi cadangan program dan update tentang program Dr Zakir Naik di Negeri Kelantan.  Sangat terharu penerimaan dakwah yang selari dengan apa yang kami akan buat nanti.  Program Dr Zakir naik akan di anjurkan oleh Kerajaan Negeri Kelantan dengan kerjasama Inspirasi Mualaf dan One Center Perlis.  In syaa Allah  #inspirasimualaf #kerajaannegerikelantan #drzakirnaik #inspirecoffee
Road to Halal Bihalal Mualaf Badung 2019 - 7 July 2019 di mesjid Al Fattah Jimbaran 🥰🥰 @kemenag_ri  @bam_banges @muallaf.kutautara  @muallaffoundation  @mualaf.center.indonesia  @mualafindonesia  @inspirasimualaf  #muallafcenterindonesia #mualaf #mualafindonesia #muallaf #muallafbadung #mualafkutautara #muallafkutautara #muallafindonesia #mualafbali #inspirasimualaf #kisahmualaf #hijrah #halalbihalal #indonesia #bali #team #rebana #sholawat #maribersholawat #cintasholawat #shollualanabimuhammad
MualafKu Helpline 19hb June. Anak Yatim yang diuji, Jantung berlubang tahap ke 3.  Kami memdapat kes ini dari seorang sahabat yang memberi info tentangnya. Seorang wanita anak yatim umur 19 tahun yang diuji dengan penyakit dan di masukan ke hospital Kuala Lumpur.  Dia tiada sesiapa untuk rujuk atau mendapatkan bantuan. Sahabat ini yang selama ini membantu sehingga tak mampu untuk bantunya. Wanita ini di masukan ke hospital sebab penyakit Jantung berlubang tahap 3. Sebelum ini dia berkerja di taska dan sekarang tak dapat memyara hidupnya. Di masukan ke hospital 2 hari sebelum beraya dan tiada sesiapa yang gi jumpanya. Dan discharge 4 hari lepas dan dia terus ke Melaka untuk tumpang rumah kawanya.  Kami menghubungi wanita ini dan cuba untuk ziarahnya untuk memyalurkan bantuan. Tetapi bila dihubungi dia diuji dengan penyakit campak dan tidak dapat dijumpa.  Kes ini kami dapati sahih , kami terus menyalurkan bantuan kewangan baginya untuk sara dirindi Melaka dan akan mencari kerja di Kuala Lumpur. Oleh kerana penyakitnya, kami akan cuba dapatkan kerja yang ringan dan tempat tinggal di sini nanti. In syaa Allah  Setiap manusia yang diuji akan peroleh nikmat kebahagiaan kelak. Ada hikmah di sebalik ujianya. Semoga wanita ini di sembuhkan dan di limpahhkan rezeki di dunia Akhirat. Aameen  #inspirasimualaf #inspirecoffee #bursa
Alhamdulillah. Full day meeting di Kelantan dan di KL. Sempat jumpa dengan Dr Zakir Naik dan meluangkan sedikit masa bersamanya. Sangat berbeza bila jumpanya di luar, di youtube, di ceramahnya dan jumpa di tempatnya.  Knowledgable, friendly, outspoken dan yakin dengan pemberian Allah padanya.  Semoga beliau dilindungi dan di limpahkan rezeki di dunia Akhirat. Aameen  #inspirasimualaf #dzn #onecenterperlis
DZN di Kelantan.  Alhamdulillah selepas beberapa bulan perancangan, Hari ini kami diberi Green Light dan support untuk program DZN di Negeri Kelantan.  Meeting hari ini bersama Yb Dato Dr Mohamed Fadzli bin Dato Hj Hassan , Wakil dari pejabat Menteri Besar, dan wakil2 dari kerajaan Negeri. Satu lagi program besar yang kami ingin bawa ke beberapa negeri bersama One Center Ceo,  Zamri Vinoth.  Dakwah dalam berbagai sudut dan cabang  untuk meningkatkan ilmu bagi setiap sahabat muslim.  In syaa Allah  #inspirasimualaf #onecenterperlis #kerajaankelantan  #mbkelantan
Alhamdulillah. Perjumpaan petang tadi dengan Datuk Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan.  Perbincangan hari ini bagi beberapa program di Negeri Kelantan bagi tahun 2019 dan tahun depan. In syaa Allah Focus banyak bagi dakwah dan pembangunan Mualaf di sini.  Satu pencapaian bagi team Inspirasi Mualaf untuk terus wujudkan program2 dakwah harmoni sesama sahabat2 non muslim di setiap Negeri.  Semoga dipermudahkan dan mengikut perancangan Allah S.W.T  #inspirasimualaf #inspirasimualafkelantan  #jaheaik #negerikelantan
Inspirasi kami, Jom santai2 dan support sahabat Mualaf kami yang membuka kedai di Sabak Bernam.  Alhamdulillah. Berkat usaha dan ingin mencari rezeki Halal. Inilah kisah sahabat Mualaf kami bro Ihsan yang kami kenal dan bantu dari tahun lepas.  Baru2 ini kami berjumpanya di Kuala lumpur dan membantunya sehingga dia membuka kedai makan di Sabak Bernam. Kepakaran beliau, boleh buat lebih 30 jenis roti canai. Dalam pertemuan yang lepas kami bantunya dengan sumbangan dan hasil dari sumbangan itu beliau berusaha membuka busines ini.  Kami masih ingat kata2 nya bila berjumpa dengan nya, malah dia di beri tempat duduk beberapa hari, "saya nak usaha dan majukan diri". Satu kejayaan bagi dirinya dan di permudahkan untuk membuka kedai nya.  Nama kedainya, "Warung sini mari minum Mualaf" di Bagan Terap, Sabak Bernam.  Walaupun dia diuji dari masa dia memeluk agama islam, dia tetap berusaha untuk majukan dirinya. Syabas bro,  satu inspirasi bagi semua sahabat mualaf kita.  Semoga terus success dan istiqomah dalam islam.  Aameen  Anda boleh contact beliau di no  011-3966 7037(bro ihsan) dan support usaha beliau. Terima Kasih.  #inspirasimualaf #inspirasimualafsabakbernam
Islam itu sangat indah di mata dan hati setiap non muslim bila kita kongsikan dan tunjukan dengan Akhlak. Tahniah My Brother Rizal dan isteri.  Alhamdulillah. Malam semalam jemputan ke rumah abang islam saya,  Gopalakrishna Muhd Rizal Balachandran. Bertemu dengan semua ahli keluarganya yang belum mendapat hidayah.  Acara tahunan yang diadakan dengan semua ahli keluarga abang saya bagi meraikan Hari Raya.  Di sini saya bertemu dengan seorang sahabat yang cukup hebat,  Mr Sharma. Pertemuan kami hari ini memberi banyak  Makna bila dia di panggil sebagai "Gurukal" atau Guru dalam hindu.  Kepakaran beliau bahasa sanskrit dan mempunyai degree dalam pengajaran sanskrit.  Beliau sekarang membuat bisnes di Klang dan juga kadang2 terlibat dalam penerangan tentang agama dan interfaith di sekolah2.  Dalam perbualan yang singkat,  dia sangat menekankan tentang "One God" dan ia menarik lagi perhatian saya untuk terus berbual dan mendapat lebih banyak info darinya.  Bukan mudah bertemu dan sama2 kongsikan ilmu dan lebih2 lagi tentang agama kita dengan cara aman. Satu pengalaman yang saya akan terus hargai dan akan saya dapatkan ilmu untuk dikongsikan pada semua nanti.  In syaa Allah  #inspirasimualaf #rayaopenhse
Selamat Hari Raya pada semua sahabat2, keluarga kami, team inspirasi mualaf dan kenalan kami. Semoga kita terus menjalinkan silaturahim dan mengeratkan hubungan sesama keluarga. Tidak dilupakan untuk sahabat2 Mualaf untuk mengajak keluarga masing2 meraikan bersama. Banyak pengajaraan di bulan Ramadan ini yang saya melihat dan menilai, yang baik saya pasti akan teruskan. In syaa Allah  Akhir kata dari saya dan isteri,  Maaf Zahir dan Batin.  #inspirasimualaf
Selamat Hari Raya pada semua sahabat2, keluarga dan kenalan kami. Semoga kita terus menjalinkan silaturahim dan mengeratkan hubungan sesama keluarga. Tidak dilupakan untuk sahabat2 Mualaf untuk mengajak keluarga masing2 meraikan bersama. Banyak pengajaraan di bulan Ramadan ini yang saya melihat dan menilai, yang baik saya pasti akan teruskan. In syaa Allah  Akhir kata dari saya dan isteri,  Maaf Zahir dan Batin.  #inspirasimualaf
Inspire Ramadan 2019 Ihya Ramadan dan iftar perdana Inspirasi Mualaf.  Saat yang sangat mengembirakan selepas hampir sebulan berpuasa, hari ini dapat memyampaikan duit raya pada kanak2 Mualaf dan asnaf. Mereka dikalangan yang hadir bersama 50 keluarga untuk majlis ini.  Iftar kali ini kami mengutamakan mereka2 yang tidak menerima bantuan Zakat dari Maybank yang jugak kami bantu selama sebulan bagi pek berbuka setiap hari.  Sebak dan sayu dan lebih kegembiraan untuk meraikan bersama mereka.  Tahun yang melihat peningkatan mualaf. Dan fakir asnaf inspirasi Mualaf.  Semalam kami jugak menjemput sahabat kami. 'Fynn Jamal" untuk menyampaikan sedikit perkongsian bagimana untuk terus istiqomah selepas hijrah.  Nantikan gambar2 penuh sepanjang Majlis dalam beberapa hari ini.  Terima kasih pada sahabat2 dan Keluarga kami yang membantu Kami melaksanakan program hari ini.  #inspirasimualaf #inspireramadan #msu #gah30 #maybank #farrashfoundation #yasmingroup #petronas #mutiaraexpress #lembagazakatselangor #inspirecoffee
Inspire Ramadan 29 May 2019 Shopping Raya Batch 2 bersama 30 sahabat mualaf dan keluarga mereka.  Tengahari tadi kami sekali lagi bertapak di Mydin Subang untuk membeli baju raya bagi sahabat2 mualaf kita dan keluarga mereka.  Alhamdulillah, ada beberapa Mereka yang baru memeluk agama islam tahun ini.  Mereka dari golongan Fakir yang dari kami bantu melalui support team inspirasi Mualaf.  Yang hadir,  dari PPR kota damamsara, Klang, kampung orang asli dan satu keluarga dari gombak yang kami bantu tahun ini.  Kami menanti nantikan bagi hari ini untuk melihat mereka membeli baju raya, untuk melihat kegembiraan keluarga dan terutamanya anak2 mereka.  Kebanyakan yang hadir ialah anak2 mereka yang tidak ada baju raya atau tak pernah beli baju raya. Bahkan ada yang tak pernah beli baju baru tahun ini.  Kegembiraan mereka kami kongsikan bersama semua sahabat yang support kami, yang menabur sedikit sumbangan bagi mengembirakan mereka.  Bagi erti dan makna bagi mereka yang tak pernah keluar jalan untuk beli baju raya. Yang hadir jugak 2 sahabat istimewa, OKU yang memeluk agama islam tahun ini.  Terima kasih Allah kerana memberi peluang untuk sama2 menambah pahala untuk Akhirat. Semua yang menabung sumbangan sebenarnya menabung untuk Alhirat. Semoga kita semua diberi kesihatan yang baik, dilimpahkan rezeki dan di ampunkan dosa do dunia Akhirat. Aameen  Kami mengajak sahabat2 untuk terus menambah sahan Alhirat terutamanya di akhir2 Ramadan ini. Kami masih memerlukan dana bagi mereka yang susah, mereka yang perlukan bantuan dari segi kebajikan.  Click di bawah untuk menyumbang.  Whatsapp kami di no tertera. Terima kasih  http://www.wasap.my/60162691237/inspireRamadhanSumbangan  #inspirasimualaf #inspireramadan #gah30 #farrashfoundation #msu #maybank #petronas #zakatselangor #mutiaraexpress #penyumbang2  #inspirecoffre #kerajaankelantan
Inspire Ramadan.  Batch 1 Shopping Raya bersama Mualaf.  Alhamdulillah. Hari ini membawa 20 sahabat mualaf yang kebanyakan memeluk agama islam tahun ini. Pertama kali kami diberi rezeki hasil sumbangan dari organisasi dan individu.  Sangat tersentuh bila melihat mereka memilih baju raya dengan teliti dan hemah. Ada yang cuba check harga walaupun kami dah ada budget untuk setiap orang.  Walaupun lebih dari yang dijangkakan,  kami membeli jugak kasut bagi mereka.  Semalam kami menghubungi sahabat kami di Mydin Subang Jaya dan dia terus offer harga special bagi niat kami.  Dan mereka jugak permudahkan dimana 2 staff Mydin yang membantu permudahkan.  Diantara mereka seorang Aunty cina dan anaknya yang istimewa.  Kami diberitahu selain mereka, semua dari 20 sahabat ini tak pernah beli belah macam ini. Dan Aunty cina kita menangis sepanjang perjalanan balik sebab terharu dan gembira tahun ini ada baju raya.  Walaupun pertama kali kami membawa mereka untuk membeli belah,  perasaan yang tak dapat kami luahkan bila melihat anak2 mereka tersenyum lebar. Dakwah yang sangat mudah bila memberi pada mereka2 yang memerlukan. Lebih2 lagi di Bualan Ramadan.  In syaa Allah kami akan bawa lagi 30 sahabat kami untuk membeli baju raya minggu depan.  Terima kasih pada setiap sahabat yang membantu kami, memberi untuk mereka2 yang memerlukan.  Semoga semua sahabat yang menyumbang dilimpahkan rezeki,  di ampunkan dosa, di rahmati di dunia Akhirat. Aameen  Anda masih ada peluang untuk memyumbang bagi yang memerlukan bagi Hari Raya.  Click di whatsapp di bawah untuk support kami.  http://www.wasap.my/60162691237/inspireRamadhanSumbanganRaya  #inspirasimualaf #inspireramadan #gah30 #mutiaraexpress #farrashfoundation #zakatselangor #maybank #inspirecoffer #penyumbang2 #mydin
Inspire Ramadan  18 May - ziarah dan sampaikan pek berbuka bagi sahabat mualaf di Kampung orang asli, Puchong.  Hari ini kami bergerak untuk bertemu dan menyampaikan sedikit taskirah bagi sahabat2 mualaf orang Asli.  Mereka terdiri dari 100 orang yanag menerima pek berbuka setiap hari di bulan Ramadan. Bila kami berada disini,  kami melihat banyak peluang dakwah yang kami boleh lakukan. Inilah kali pertama mereka menerima pek berbuka di bulan Ramadan dan kebanyakan mereka memeluk agama islam kurang dari 5 tahun.  Kami jugak sempat ziarah seorang ibu tunggal yang mempunyai 5 anak yang diuji beberapa tahun.  Kami di beritahu yang suaminya tinggalkanya dan tidak balik2 ke rumah sehingga sekarang.  Sebab kesempitan, dia tidak dapat memghantar anaknya ke sekolah.  Melihat rumahnya yang sangat teruk dan bocor di merata tempat. Kami sangat sedih dengan keadaan rumahnya yang tidak selamat diduduki, ada kalanya orang yang tidak dikenali  masuk ke rumahnya.  Hari ini kami menyampaikan sedikit bantuan dan akan refer pada sahabat kita di Zakat selangor untuk bantu mereka. In syaa Allah  Hasil kerja dakwah seorang ustazah di sini yang mengajar mereka,  ramai yang memeluk agama islam dan sentiasa pergi kelas untuk belajar tentang islam.  Pertama kami kami ziarah dan jumpa sahabat2 mualaf orang asli. Mereka dikalangan yang harus kita didik dan bantu.  Anda boleh lagi menyumbang bagi 2 minggu akan datang bagi pek berbuka bagi mereka. Whatsapp kami di no tertera. Terima Kasih  http://www.wasap.my/60162691237/inspireRamadhanSumbangan  #inspirasimualaf #inspireramadan #inspirecoffee #gah30 #mutiaraexpress #zakatselangor #penyumbang2

Loading